Tuesday, May 12, 2009

MIHAS 2009 berlalu... 2010 menanti..





















Hari Sabtu lepas, lepas bengkel PMR yang terakhir kat UIA ana pergi ke MIHAS. Antum semua pasti tau mihas kan.. pameran makanan halal antarabangsa tu.. Ana pergi dari sekolah sama ngan budak-budak Usahawan Muda.. Sebelum ni kami pernah melawat Gerak Usahawan Muda kat PWTC masa bulan 2. Bestnya lawatan!! tu la tahun depan masuklah kelab usahawan muda. jalan-jalan je. Dan kali ini ialah lawatan kedua dan yg terakhir kami.Tak banyak pon yg pergi.. yang banin cuma 8 orang je..

Kami(banin) dibahagikan 2 kumpulan. Aku,Amer,Usamah ngan Abdul Hadi diletakkan dalam satu kumpulan. tujuannya supaya kita orang tak jalan sorang-sorang yang akhirnya mboleh menyebabkan kehilangan. Sesampai kat sana kira2 pukul 3.30, kami register dan trus jalan2. Oh ya, kami ditemani guru-guru yang segak dan jelita, Ustadz Isharuddin, Cikgu Hasif dan Cikgu Nik Wan Nur Najmah (panjang nma!).


Masuk-masuk terasa hawa yang sungguh sejuk dari keadaan panas terikdi luar sana. Yang kami pelik, kenapa kami masuk hall D trus? Rupa-rupanya hall A,B,C memang tak ada. Pelik bagiku ngan kawan-kawanku. Kami pusing-pusing. Namanya pon pameran makanan, pasti pihak syarikat semua sediakan makanan untuk test. Ana yang tak makan siang lagi lahap la apa yang ada kat sana. Bak kata pepatah,Orang yang ngantuk di sorongkan bantal. Ternyata bukan hanya orang islam saja yg datang. Bahkan ana nampak ada beberapa org cina pon ada. India pon sebenarnya ada, tapi diorang datang sebab tukang penyapu kat situ.. Dalam pada itu, kami sempat melawat booth minuman Istak. Istak tu ialah sejenis minuman bir tiada alkohol. Katanya halal. Mcm x caye je. Tapi last, minum gak. Memang tak memabukkan tapi rasa agak masam. Dan ana rasa Istak ialah penaja bagi sebuah pasukan rally kereta.(tgk gambar atas)

Walaupun berjalan-jalan, tapi kami tetap x lupa pasal solat. Kira-kira pukul 4.30, kami bergegas ke surau. Sangat sejuk surau tersebut. Ntah berapa air conditioner yang mereka pasang. Sebenarnya AC yg membebaskan CFC(Chlorofloro Carbon) kalau x silap. Peduli la. Yang penting ana dapat sembahyang. Lepas sembahyang, kami meneruskan penjelajahan kami di sana. Ada satu masa, ada mcm wakil suria fm kat situ. tapi kat luarnya bkn dalam. Diorang tanya2 sesape yang ada kat situ. Kemudian ana tgk ada 2 orag pakcik cakap besar. Pastu masa dalam satu pertandingan kedua-dua pakcik tu merupakan peserta yang second last dan last. (pengajaran: jangan bercakap besar je. buktikan melalui hasilnya). Pastu, masa kami kat hall G, kami lalu booth astro oasis. Kat situ pulak ada Nabil Far-East. Dapat la tanda tangan dia. Pastu kami pon blah.. tapi dia,panggil kami balik sebab dia tau yg kami al-amin. Rupanya dia nak kasik beg hadiah. Ingatkan kenapa. Dia kata kene ckp bahasa arab dulu. Alamak! Hehe,ana cakap gak. Syukran.. itu yang ana cakap. Ha, lepas tu, ana jumpa ngan...

Radhi Khalid. Pelawak Malaysia berketurunan mamak tu. Sempat gak ambik gambar dia. Dah penat kaki akhirnya kami pun balik sekolah. Oh ya, jgn lupa utk datang MIHAS 2010. tahun depan diorang buat bulan jun dan lokasinya berubah ke KLCC. Whatever la!
Ini saja buah mulut ana kali ini...
Assalamu'alaikum...

4 comments:

  1. salam..hmm mcm bes jer gi mihas..rase rugi pulak..

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumsalam.. Takpe nasi campur,tahun depan ada lagi..

    ReplyDelete
  3. asal x jumpe ko pun.ak gi ari sabtu lbh kurang kul 2.ko kt ne waktu tu ?

    ReplyDelete
  4. salam teman-sebelah-meja ku ! haha .
    Nama Cikgu Najmah salah laa ! Cikgu Nik Wan Nurnajmah bt Wan Ramli (NWNWR) .. panjang !

    ReplyDelete