Wednesday, May 13, 2009

Perilaku yg memanggil bala Allah SWT

Assalamu'alaikum... Alhamdulillah, hari ni ana ada satu hadis yang ana dapat daripada kawan ana. Nak ikutkan hadis ni kira penting bagi kita semua..

Maksud hadis : "Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., Rasullulah s.a.w. bersabda: "Apabila umatku telah membuat lima belas pekara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu :
1. Apabila harta negara hanya beredar kepada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami yang menuruti kehendak isteri.
5. Anak derhaka kepada ibunya.
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. Para artis disanjung (menjadi pujaan).
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan di ubah menjadi makhluk yang lain." H.R. Tarmizi.

Mungkin kita boleh muhasabah balik tentang diri kita. Tengok ada berapa ciri-ciri di atas di dalam diri kita. Harap-harap takde la kan.
Wassalamu'alaikum..
ps: especially no 5,6 & 8...

Tuesday, May 12, 2009

MIHAS 2009 berlalu... 2010 menanti..





















Hari Sabtu lepas, lepas bengkel PMR yang terakhir kat UIA ana pergi ke MIHAS. Antum semua pasti tau mihas kan.. pameran makanan halal antarabangsa tu.. Ana pergi dari sekolah sama ngan budak-budak Usahawan Muda.. Sebelum ni kami pernah melawat Gerak Usahawan Muda kat PWTC masa bulan 2. Bestnya lawatan!! tu la tahun depan masuklah kelab usahawan muda. jalan-jalan je. Dan kali ini ialah lawatan kedua dan yg terakhir kami.Tak banyak pon yg pergi.. yang banin cuma 8 orang je..

Kami(banin) dibahagikan 2 kumpulan. Aku,Amer,Usamah ngan Abdul Hadi diletakkan dalam satu kumpulan. tujuannya supaya kita orang tak jalan sorang-sorang yang akhirnya mboleh menyebabkan kehilangan. Sesampai kat sana kira2 pukul 3.30, kami register dan trus jalan2. Oh ya, kami ditemani guru-guru yang segak dan jelita, Ustadz Isharuddin, Cikgu Hasif dan Cikgu Nik Wan Nur Najmah (panjang nma!).


Masuk-masuk terasa hawa yang sungguh sejuk dari keadaan panas terikdi luar sana. Yang kami pelik, kenapa kami masuk hall D trus? Rupa-rupanya hall A,B,C memang tak ada. Pelik bagiku ngan kawan-kawanku. Kami pusing-pusing. Namanya pon pameran makanan, pasti pihak syarikat semua sediakan makanan untuk test. Ana yang tak makan siang lagi lahap la apa yang ada kat sana. Bak kata pepatah,Orang yang ngantuk di sorongkan bantal. Ternyata bukan hanya orang islam saja yg datang. Bahkan ana nampak ada beberapa org cina pon ada. India pon sebenarnya ada, tapi diorang datang sebab tukang penyapu kat situ.. Dalam pada itu, kami sempat melawat booth minuman Istak. Istak tu ialah sejenis minuman bir tiada alkohol. Katanya halal. Mcm x caye je. Tapi last, minum gak. Memang tak memabukkan tapi rasa agak masam. Dan ana rasa Istak ialah penaja bagi sebuah pasukan rally kereta.(tgk gambar atas)

Walaupun berjalan-jalan, tapi kami tetap x lupa pasal solat. Kira-kira pukul 4.30, kami bergegas ke surau. Sangat sejuk surau tersebut. Ntah berapa air conditioner yang mereka pasang. Sebenarnya AC yg membebaskan CFC(Chlorofloro Carbon) kalau x silap. Peduli la. Yang penting ana dapat sembahyang. Lepas sembahyang, kami meneruskan penjelajahan kami di sana. Ada satu masa, ada mcm wakil suria fm kat situ. tapi kat luarnya bkn dalam. Diorang tanya2 sesape yang ada kat situ. Kemudian ana tgk ada 2 orag pakcik cakap besar. Pastu masa dalam satu pertandingan kedua-dua pakcik tu merupakan peserta yang second last dan last. (pengajaran: jangan bercakap besar je. buktikan melalui hasilnya). Pastu, masa kami kat hall G, kami lalu booth astro oasis. Kat situ pulak ada Nabil Far-East. Dapat la tanda tangan dia. Pastu kami pon blah.. tapi dia,panggil kami balik sebab dia tau yg kami al-amin. Rupanya dia nak kasik beg hadiah. Ingatkan kenapa. Dia kata kene ckp bahasa arab dulu. Alamak! Hehe,ana cakap gak. Syukran.. itu yang ana cakap. Ha, lepas tu, ana jumpa ngan...

Radhi Khalid. Pelawak Malaysia berketurunan mamak tu. Sempat gak ambik gambar dia. Dah penat kaki akhirnya kami pun balik sekolah. Oh ya, jgn lupa utk datang MIHAS 2010. tahun depan diorang buat bulan jun dan lokasinya berubah ke KLCC. Whatever la!
Ini saja buah mulut ana kali ini...
Assalamu'alaikum...

Wednesday, May 06, 2009

M-16 Vs Iblis Merah 'Laknatullah'




Arsenal Vs Manchester United!!!


Akhirnya, tiba juga saatnya untuk menentukan pasukan manakah yang layak untuk menempah tiket ke perlawanan final UEFA Champion League. Mungkin saat ini merupakan detik penuh debaran bagi peminat 'the gunners' tak terkecuali penyokong 'the red devils'. Bagi penyokong setia Arsenal,inilah satu-satunya harapan bagi pasukan kesayangan mereka untuk 'bernafas' bagi mendapatkan trofi kejuaraan (termasuk saya). Dah la FA Cup ngan Carling Cup, depe terkandas tgh jln. EPL League? Tak payahlah nak 'mimpi di siang terik lagi panas lagi membakar dgn suhu dianggarkan mencecah 98.6(skala Fahrenheit)'. Bagi MU pulak, mungkin dgn menjuarai Champion League ni mereka akan dapat menambahkan koleksi trofi selama ini. Lagipun mereka nak capai visi&misi mereka tahun(walaupun visi&misi tersebut confirm 100% x akan dicapai sbb kalah ngan Everton kat FA Cup) iaitu nak dapatkan 4 trofi (Champion League, FA Cup, EPL & Carling Cup). Apapun, mari kita doakan kejayaan mereka kelak!!


Berbalik pasal perlawanan di atas. Ok, ini adalah perlawanan kedua daripada perlawanan timbal balik yang biasa disebut second-leg. masa first-leg MU menagn 1-0. So, Arsenal nak taknak mesti pilih antara ni : 1. menang 1-0 gak ataupun menang dgn perbezaan lebih 1 gol.


Perlawanan pun mula. Cubaan Fabregas pada minit ke-2 1/2 gagal. tendangan dia agak lemah dan terkena kaki Rio Ferdinand. Corner!!! Satu hal yg agak aneh, MU byk guna taktik serangan balik. This happened at their first goal. Lihat bagaimana, passing rooney-anderson.-C.Ronaldo dan terus cross. Kieran Gibbs pulak x dapat potong dan GOOL oleh Park Ji Sung... Penyokong Arsenal mula risau, tapi nampak ada peluang untuk mengejar. Lepas tu, mereka saling serang-menyerang. Minit ke-11, tendangan freekick yg padat dari Ronaldo terus menggetarkan jaring Almunia tanpa sedikit tepisan. Perfect Shoot that can I called it. Ana ingat lagi, lepas tu Almunia arah supaya pagar betisnya tak loncat sikit pun untuk tangkap tendangan freekick. Hasilnya?? Imtiyaz.. Time ni, muka para penyokong Arsenal nampak masam je semua. Harapan tinggal harapan. Sebab, kalau nak layak mereka kene menang 4-2. Nak tak nak mesti jugak.. And then, mereka serang-menyerang. Sampai habis babak pertama 2-0 utk MU. Masa babak kedua pulak, Ronaldo tambah satu lagi jaringan. 3-0 untuk MU.. Lepas tu ramai ana tengok, peminat arsenal keluar dari stadium. Puas cari gol,akhirnya dapat lah jugak gol utk asenal melalui titik ppenalti. Sebelum tu seorang pemain arsenal dijatuhkan.. Van Persie shoot.. Goaaalll... 3-1.. X cukup lagi.. Mereka perlu 4 gol lagi utk menang agregat. Lepas gol tu, dengan emosinya Van Persie ambik bola dan lari sikit dan pantulkan kat tanah.. Nak tunjuk terer ke,Persie?? Dlm masa yg sama pembantu jurulatih MU nampak gelak2.. Pasal? Sebab dia yakin sgt MU tak boleh & tak akan dikejar lagi dalam masa sesingkat 14 minit.


Dengan ini, slot aksi final di Rome diisi oleh Manchester United dan pemenang antara Barcelona/Chelsea.. To me, harap Barca menang dan kalau boleh juara sekali kalahkan MU..


untuk arsenal : "bersabarlah, kerana sabar ialah separuh daripada iman".

Monday, May 04, 2009

Luasnya Neraka

Dari Hadith Qudsi :
Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tidak tahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa Neraka JahanamKu itu :
1. Neraka jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat itu mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam setiap mulut ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 nalaikat
Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan buat kita semua
Wallahua'lam
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
Sesungguhnyaorang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia didalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda, " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...

Friday, May 01, 2009

Lima bulan telah berlalu pada tahun 2009 ini. Maknanya, hanya tinggal lima bulan sahaja lagi menuju ke 'DEWAN PEPERIKSAAN PMR'. Rasanya seperti cepat sekali masa berlalu. Ada juga rasa berdebar-debar berlegar dalam hati & minda. Oh ya, semalam aku pergi ke Taman Keramat untuk menyempurnakan kerja kursus Geografi bersama kawan-kawan. Dapat juga maklumat-maklumat yang boleh dimasukkan ke dalam folio kelak. Selain itu,dapat menambah pengalaman. Seperi kata pepatah,"makin jauh berjalan,makin banyak pengalaman".