Thursday, November 19, 2009

World Cup 2010



Inilah senarai 32 buah negara yang melayakkan diri ke kejohanan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.


Asia
Australia
Japan
South Korea
DPR Korea

Eropah
Belanda, England, Spain, Denmark,
Itali (bekas juara) , Slovakia, Serbia, Jerman,
Swiss, France, Greece, Portugal & Slovenia

Amerika Selatan (Conmebol)
Brazil, Argentina, Chile Paraguay & Uruguay


Amerika Tengah (Concacaf)
USA
Mexico
Honduras


Afrika
Cameroon
Ghana
Nigeria
Algeria
Afrika Selatan (tuan rumah)
Ivory Coast


Oceania
New Zealand




Trivia Piala Dunia :


# Walaupun bergelar tuan rumah, Afrika Selatan tetap perlu mengharungi perlawanan kelayakan tersebut. Hal ini memandangkan kelayakan Piala Dunia zon Afrika juga berfungsi sebagai kelayakan Piala Afrika 2010 di Angola pada awal tahun hadapan.




# New Zealand dan Honduras memasuki arena Piala Dunia kali ini untuk kali pertama sejak terakhir kali mereka ikut serta pada edisi 1982. Manakala Korea Utara kali terakhir layak ke Piala Dunia pada tahun 1966.




# Piala Dunia edisi 2010 di Afrika Selatan menyaksikan tiada satupun negara-negara Timur Tengah ikut serta dalam pusingan akhir Jun hadapan.




# Perancis layak secara kontroversi setelah menang 2-1 secara agrerat kepada Republik Ireland. Gol William Gallas jelas tidak sah kerana terlebih dahulu terkena tangan Thiery Henry. Bagaimanapun, gol tersebut disahkan oleh pengadil dan FIFA menolak rayuan untuk mengadakan perlawanan semula.




Undian Pot akan diadakan pada 2 Disember dan Undian Grup diadakan pada 4 Disember. Kedua-dua undian berlangsung di Cape Town, Afrika Selatan.


Wednesday, November 04, 2009

Maths Enigmas

1. Penjual gula-gula diberi tiga kotak legap. Kotak pertama mengandungi gula-gula pudina, kotak kedua jintan manis dan kotak ketiga campuran pudina & jintan manis. Setiap kotak dilabel pudina, jintan manis dan campuran. Akan tetapi, penjual gula-gula diberitahu bahawa kotak gula-gula tersebut disalah label. Berapa jumlah sekurang-kurangnya yang perlu dikeluarkan oleh penjual gula-gula untuk mengetahui mana kotak yang betul dengan gula-gula? Dan terangkan caranya!

2. Terangkan bagaimana jam pasir 4 minit dan jam pasir 7 minit dapat menentukan masa sebanyak 9 minit!

3. Di negeri palsu, semua orang selalu bercakap bohong. Di negeri benar, semua orang bercakap benar. Katakan anda terperangkap di sebuah bilik yang mempunyai dua buah pintu. Satu pintu dikawal oleh orang dari negeri palsu dan satu lagi dikawal oleh orang dari negeri benar. Bagaimanapun, anda tidak tahu mana satu orang yang bercakap benar dan mana satu yang bercakap bohong. Daripada dua pintu yang ada, satu ialah pintu menuju kebebasan dan satu pintu lagi tidak. Anda juga tidak mengetahui mana satu pintu menuju kebebasan. Soalannya, anda mesti nyatakan satu soalan sahaja kepada seorang pengawal yang mana soalan tersebut mampu untuk menunjukkan pintu menuju kebebasan.

4. Seorang ibu berusia 21 tahun lebih tua daripada anaknya. Dalam masa enam tahun, umur ibunya lima kali ganda umur anaknya. Apakah yang sedang ayahnya lakukan sekarang?

SELAMAT MENCUBA...

# jawab ikut no soalan.
# jawapan akan diberikan nanti