Wednesday, November 04, 2009

Maths Enigmas

1. Penjual gula-gula diberi tiga kotak legap. Kotak pertama mengandungi gula-gula pudina, kotak kedua jintan manis dan kotak ketiga campuran pudina & jintan manis. Setiap kotak dilabel pudina, jintan manis dan campuran. Akan tetapi, penjual gula-gula diberitahu bahawa kotak gula-gula tersebut disalah label. Berapa jumlah sekurang-kurangnya yang perlu dikeluarkan oleh penjual gula-gula untuk mengetahui mana kotak yang betul dengan gula-gula? Dan terangkan caranya!

2. Terangkan bagaimana jam pasir 4 minit dan jam pasir 7 minit dapat menentukan masa sebanyak 9 minit!

3. Di negeri palsu, semua orang selalu bercakap bohong. Di negeri benar, semua orang bercakap benar. Katakan anda terperangkap di sebuah bilik yang mempunyai dua buah pintu. Satu pintu dikawal oleh orang dari negeri palsu dan satu lagi dikawal oleh orang dari negeri benar. Bagaimanapun, anda tidak tahu mana satu orang yang bercakap benar dan mana satu yang bercakap bohong. Daripada dua pintu yang ada, satu ialah pintu menuju kebebasan dan satu pintu lagi tidak. Anda juga tidak mengetahui mana satu pintu menuju kebebasan. Soalannya, anda mesti nyatakan satu soalan sahaja kepada seorang pengawal yang mana soalan tersebut mampu untuk menunjukkan pintu menuju kebebasan.

4. Seorang ibu berusia 21 tahun lebih tua daripada anaknya. Dalam masa enam tahun, umur ibunya lima kali ganda umur anaknya. Apakah yang sedang ayahnya lakukan sekarang?

SELAMAT MENCUBA...

# jawab ikut no soalan.
# jawapan akan diberikan nanti

4 comments:

  1. errr... macam nak balas blk je teka-teki ana dulu
    xpe ana cube carik jwpn nye..

    ReplyDelete
  2. mana ada nak balas.. cuma nak bagi korang pikir sikit je..

    ReplyDelete
  3. cepat ar bagi jwpan ..... pening cri jawpannya!!..

    ReplyDelete
  4. Jawapan:

    1. 1 gula-gula daripada kotak berlabel campuran. kerana kotak tersebut jelas bukanlah berperisa campuran. Katakan gula2 yg dapat tu perisa pudina, maka kotak berlabel campuran = perisa pudina; Dengan itu kotak berlabel jintan manis berisi gula2 perisa campuran & kotak berlabel pudina mengandungi gula2 jintan manis.

    Kesimpulannya :
    kotak campuran = pudina
    kotak jintan manis = campuran
    kotak pudina = jintan manis

    2. Pertama sekali kita pusing kedua-dua jam pasir. Apabila jam pasir 4 minit habis, 4 minit berlalu dan terbalikkan semula jam tersebut. Apabila jam pasir 7 minit habis, 7 minit berlalu dan terbalikkan semula jam itu. Sementara itu pada waktu yang sama jam pasir 4 minit masih berbaki 1 minit lagi. Apabila jam pasir 4 minit habis untuk kali kedua, itu bermakna 8 minit berlalu. Dan 1 minit yang terkunci di jam pasir 7 minit perlu diterbalikkan semula untuk mendapatkan masa 9 minit tepat.

    3. Tak berapa pasti jawapannya. Tgk sendiri la kat http://en.wikipedia.org/wiki/Knights_and_knaves

    4. Katakan x mewakili usia anak itu. Maka pengiraannya jadi begini :
    21+x+6 = 5(6+x)
    27+ x = 30+5x
    27-30 = 5x-x
    -3 = 4x
    -3/4 = x

    Maka jawapannya -3/4 tahun bersamaan dgn -9 bulan. Kalau macam tu apa yang berlaku 9 bulan sebelum kelahiran bayi? Fikir2kan dan selamat beramal!!

    sumber: Filem "Fermat's Room"

    ReplyDelete