Wednesday, May 06, 2009

M-16 Vs Iblis Merah 'Laknatullah'




Arsenal Vs Manchester United!!!


Akhirnya, tiba juga saatnya untuk menentukan pasukan manakah yang layak untuk menempah tiket ke perlawanan final UEFA Champion League. Mungkin saat ini merupakan detik penuh debaran bagi peminat 'the gunners' tak terkecuali penyokong 'the red devils'. Bagi penyokong setia Arsenal,inilah satu-satunya harapan bagi pasukan kesayangan mereka untuk 'bernafas' bagi mendapatkan trofi kejuaraan (termasuk saya). Dah la FA Cup ngan Carling Cup, depe terkandas tgh jln. EPL League? Tak payahlah nak 'mimpi di siang terik lagi panas lagi membakar dgn suhu dianggarkan mencecah 98.6(skala Fahrenheit)'. Bagi MU pulak, mungkin dgn menjuarai Champion League ni mereka akan dapat menambahkan koleksi trofi selama ini. Lagipun mereka nak capai visi&misi mereka tahun(walaupun visi&misi tersebut confirm 100% x akan dicapai sbb kalah ngan Everton kat FA Cup) iaitu nak dapatkan 4 trofi (Champion League, FA Cup, EPL & Carling Cup). Apapun, mari kita doakan kejayaan mereka kelak!!


Berbalik pasal perlawanan di atas. Ok, ini adalah perlawanan kedua daripada perlawanan timbal balik yang biasa disebut second-leg. masa first-leg MU menagn 1-0. So, Arsenal nak taknak mesti pilih antara ni : 1. menang 1-0 gak ataupun menang dgn perbezaan lebih 1 gol.


Perlawanan pun mula. Cubaan Fabregas pada minit ke-2 1/2 gagal. tendangan dia agak lemah dan terkena kaki Rio Ferdinand. Corner!!! Satu hal yg agak aneh, MU byk guna taktik serangan balik. This happened at their first goal. Lihat bagaimana, passing rooney-anderson.-C.Ronaldo dan terus cross. Kieran Gibbs pulak x dapat potong dan GOOL oleh Park Ji Sung... Penyokong Arsenal mula risau, tapi nampak ada peluang untuk mengejar. Lepas tu, mereka saling serang-menyerang. Minit ke-11, tendangan freekick yg padat dari Ronaldo terus menggetarkan jaring Almunia tanpa sedikit tepisan. Perfect Shoot that can I called it. Ana ingat lagi, lepas tu Almunia arah supaya pagar betisnya tak loncat sikit pun untuk tangkap tendangan freekick. Hasilnya?? Imtiyaz.. Time ni, muka para penyokong Arsenal nampak masam je semua. Harapan tinggal harapan. Sebab, kalau nak layak mereka kene menang 4-2. Nak tak nak mesti jugak.. And then, mereka serang-menyerang. Sampai habis babak pertama 2-0 utk MU. Masa babak kedua pulak, Ronaldo tambah satu lagi jaringan. 3-0 untuk MU.. Lepas tu ramai ana tengok, peminat arsenal keluar dari stadium. Puas cari gol,akhirnya dapat lah jugak gol utk asenal melalui titik ppenalti. Sebelum tu seorang pemain arsenal dijatuhkan.. Van Persie shoot.. Goaaalll... 3-1.. X cukup lagi.. Mereka perlu 4 gol lagi utk menang agregat. Lepas gol tu, dengan emosinya Van Persie ambik bola dan lari sikit dan pantulkan kat tanah.. Nak tunjuk terer ke,Persie?? Dlm masa yg sama pembantu jurulatih MU nampak gelak2.. Pasal? Sebab dia yakin sgt MU tak boleh & tak akan dikejar lagi dalam masa sesingkat 14 minit.


Dengan ini, slot aksi final di Rome diisi oleh Manchester United dan pemenang antara Barcelona/Chelsea.. To me, harap Barca menang dan kalau boleh juara sekali kalahkan MU..


untuk arsenal : "bersabarlah, kerana sabar ialah separuh daripada iman".

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. kemenangan arsenal akan muncul bila tiba saatnya!!!

    ReplyDelete