Saturday, August 08, 2009

Malaysia di mata dunia..

Akhirnya setelah diambil alih oleh K Rajagopal, skuad bolasepak Malaysia berjaya memperbaiki kedudukan dalam rangking FIFA. Rangking yang baru dikeluarkan oleh bandak induk bolasepak dunia pada 5 ogos itu menyaksikan skuad negara kita melonjak 5 anak tangga. Jika sebelum ini skuad Rajagopal menduduki tangga ke-157, kini suad Rajagopal telah meningkat sedikit dengan menduduki tangga 152 dengan memperolehi 120 poin berbanding 111 poin pada bulan Julai dalam rangking dunia. Sementara itu, negara kita menduduki tempat ke-26 mengikut rangking Asia.

Peningkatan ini mungkin disebabkan oleh perlawanan menentang kelab dari Zimbabwe dan Manchester United. Skuad negara kita menang 2 perlawanan ketika menentang kelab Zimbabwe serta kalah tipis dengan MU dengan 3-2 dan 2-0.

Apapun saya rasa FAM perlu memperbaiki mutu liga tempatan dahulu jika ingin memasang cita-cita tinggi mengenai skuad negara. Kembalikan semula peraturan membenarkan pemain import dalam perlawanan liga. Lihat saja negara Indonesia, mereka membenarkan pemain import untuk bermain dalam liga mereka. Dan buktinya kini mereka berada di tempat ke-134 rangking dunia dengan 186 poin. Pemain import diperlukan untuk meningkatkan tahap kecergasan pemain tempatan. Tiadanya pemain import bermakna pemain tempatan kita tidak dapat didedahkan dengan permainan negara luar.

Selain itu, sokongan dari penduduk Malaysia juga begitu kurang 'umphh'.. Jika skuad negara bertemu dengan skuad gergasi barulah nak berbondong-bondong ke stadium. Kalau saingan liga tempatan, tak payah cakap la.. Tapi tak semua. Contohnya, Selangor, Kelantan dan Terengganu dan Kedah mempunyai peminat-peminat yang setia. Itu hanya segelintir kelab, yang lainnya..? Jika hendak dibandingkan dengan Indonesia lagi, mereka mempunyai peminat yang begitu fanatik bagai peminat politik yang fanatik di negara kita. Mereka sanggup menahan kepanasan berjemur di bawah terik matahari demi menonton perlawanan kelab mereka yang tersayang (perlawanan liga mereka diadakan pada 3 petang waktu Indonesia). Kadang mereka membaKar dan menghancurkan fasiliti-fasiliti kerana kecewa dengan kekalahan kelab mereka. Tak ke sama dengan Malaysia?

Penutup, dibawah ini disediakan rangking bolasepak di negara Asia Tenggara :
Negara Rangking Poin
1. Thailand 117 287 poin
2. Singapore 127 228
3. Indonesia 134 186
4. Vietnam 144 149
5. Myanmar 147 139
6. Malaysia 152 120
7.Filipina 158 108
8.Laos 171 73
9.Kamboja 173 64
10. Brunei Darussalam 182 46

Apapun, semoga negara kita terus mempertingkatkan prestasi mereka. Wassalam..

2 comments:

  1. Alahai Malaysia..bila lagi mampu naik ranking FIFA
    10 terbaik dunia...

    Bila lagi Mokhtar Dahari kedua bakal dilahirkan????

    ReplyDelete
  2. walaupon malaysia mempunyai ranking yg terok tapi malaysia mampu utk memberi cabaran yg sengit kpd negara yg ranking lebih tinggi
    seperti malaysia vs japan ;malaysia just kalah 2-1/1-0/2-1 dan yg lebih kurang
    so kite bolehla bangga
    suhail ko jgn cakap lebih ko tu maen bola pon x reti nak kecoh

    ReplyDelete