Thursday, November 19, 2009

World Cup 2010



Inilah senarai 32 buah negara yang melayakkan diri ke kejohanan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.


Asia
Australia
Japan
South Korea
DPR Korea

Eropah
Belanda, England, Spain, Denmark,
Itali (bekas juara) , Slovakia, Serbia, Jerman,
Swiss, France, Greece, Portugal & Slovenia

Amerika Selatan (Conmebol)
Brazil, Argentina, Chile Paraguay & Uruguay


Amerika Tengah (Concacaf)
USA
Mexico
Honduras


Afrika
Cameroon
Ghana
Nigeria
Algeria
Afrika Selatan (tuan rumah)
Ivory Coast


Oceania
New Zealand




Trivia Piala Dunia :


# Walaupun bergelar tuan rumah, Afrika Selatan tetap perlu mengharungi perlawanan kelayakan tersebut. Hal ini memandangkan kelayakan Piala Dunia zon Afrika juga berfungsi sebagai kelayakan Piala Afrika 2010 di Angola pada awal tahun hadapan.




# New Zealand dan Honduras memasuki arena Piala Dunia kali ini untuk kali pertama sejak terakhir kali mereka ikut serta pada edisi 1982. Manakala Korea Utara kali terakhir layak ke Piala Dunia pada tahun 1966.




# Piala Dunia edisi 2010 di Afrika Selatan menyaksikan tiada satupun negara-negara Timur Tengah ikut serta dalam pusingan akhir Jun hadapan.




# Perancis layak secara kontroversi setelah menang 2-1 secara agrerat kepada Republik Ireland. Gol William Gallas jelas tidak sah kerana terlebih dahulu terkena tangan Thiery Henry. Bagaimanapun, gol tersebut disahkan oleh pengadil dan FIFA menolak rayuan untuk mengadakan perlawanan semula.




Undian Pot akan diadakan pada 2 Disember dan Undian Grup diadakan pada 4 Disember. Kedua-dua undian berlangsung di Cape Town, Afrika Selatan.


Wednesday, November 04, 2009

Maths Enigmas

1. Penjual gula-gula diberi tiga kotak legap. Kotak pertama mengandungi gula-gula pudina, kotak kedua jintan manis dan kotak ketiga campuran pudina & jintan manis. Setiap kotak dilabel pudina, jintan manis dan campuran. Akan tetapi, penjual gula-gula diberitahu bahawa kotak gula-gula tersebut disalah label. Berapa jumlah sekurang-kurangnya yang perlu dikeluarkan oleh penjual gula-gula untuk mengetahui mana kotak yang betul dengan gula-gula? Dan terangkan caranya!

2. Terangkan bagaimana jam pasir 4 minit dan jam pasir 7 minit dapat menentukan masa sebanyak 9 minit!

3. Di negeri palsu, semua orang selalu bercakap bohong. Di negeri benar, semua orang bercakap benar. Katakan anda terperangkap di sebuah bilik yang mempunyai dua buah pintu. Satu pintu dikawal oleh orang dari negeri palsu dan satu lagi dikawal oleh orang dari negeri benar. Bagaimanapun, anda tidak tahu mana satu orang yang bercakap benar dan mana satu yang bercakap bohong. Daripada dua pintu yang ada, satu ialah pintu menuju kebebasan dan satu pintu lagi tidak. Anda juga tidak mengetahui mana satu pintu menuju kebebasan. Soalannya, anda mesti nyatakan satu soalan sahaja kepada seorang pengawal yang mana soalan tersebut mampu untuk menunjukkan pintu menuju kebebasan.

4. Seorang ibu berusia 21 tahun lebih tua daripada anaknya. Dalam masa enam tahun, umur ibunya lima kali ganda umur anaknya. Apakah yang sedang ayahnya lakukan sekarang?

SELAMAT MENCUBA...

# jawab ikut no soalan.
# jawapan akan diberikan nanti

Monday, August 31, 2009

Qamar Bani Hashim


Drama yang amat menarik untuk disaksikan.


Mengisahkan perjuangan baginda Rasullah S.A.W ketika menyebarkan dakwah.


Bagaimana Baginda ditentang oleh ayah saudaranya sendiri, Abu Jahal dan Abu Lahab yang tidak mempercayai kata-kata Baginda.


Qamar Bani Hashim, Isnin - Khamis 6-7 petang @ Astro Oasis..

Saturday, August 08, 2009

Malaysia di mata dunia..

Akhirnya setelah diambil alih oleh K Rajagopal, skuad bolasepak Malaysia berjaya memperbaiki kedudukan dalam rangking FIFA. Rangking yang baru dikeluarkan oleh bandak induk bolasepak dunia pada 5 ogos itu menyaksikan skuad negara kita melonjak 5 anak tangga. Jika sebelum ini skuad Rajagopal menduduki tangga ke-157, kini suad Rajagopal telah meningkat sedikit dengan menduduki tangga 152 dengan memperolehi 120 poin berbanding 111 poin pada bulan Julai dalam rangking dunia. Sementara itu, negara kita menduduki tempat ke-26 mengikut rangking Asia.

Peningkatan ini mungkin disebabkan oleh perlawanan menentang kelab dari Zimbabwe dan Manchester United. Skuad negara kita menang 2 perlawanan ketika menentang kelab Zimbabwe serta kalah tipis dengan MU dengan 3-2 dan 2-0.

Apapun saya rasa FAM perlu memperbaiki mutu liga tempatan dahulu jika ingin memasang cita-cita tinggi mengenai skuad negara. Kembalikan semula peraturan membenarkan pemain import dalam perlawanan liga. Lihat saja negara Indonesia, mereka membenarkan pemain import untuk bermain dalam liga mereka. Dan buktinya kini mereka berada di tempat ke-134 rangking dunia dengan 186 poin. Pemain import diperlukan untuk meningkatkan tahap kecergasan pemain tempatan. Tiadanya pemain import bermakna pemain tempatan kita tidak dapat didedahkan dengan permainan negara luar.

Selain itu, sokongan dari penduduk Malaysia juga begitu kurang 'umphh'.. Jika skuad negara bertemu dengan skuad gergasi barulah nak berbondong-bondong ke stadium. Kalau saingan liga tempatan, tak payah cakap la.. Tapi tak semua. Contohnya, Selangor, Kelantan dan Terengganu dan Kedah mempunyai peminat-peminat yang setia. Itu hanya segelintir kelab, yang lainnya..? Jika hendak dibandingkan dengan Indonesia lagi, mereka mempunyai peminat yang begitu fanatik bagai peminat politik yang fanatik di negara kita. Mereka sanggup menahan kepanasan berjemur di bawah terik matahari demi menonton perlawanan kelab mereka yang tersayang (perlawanan liga mereka diadakan pada 3 petang waktu Indonesia). Kadang mereka membaKar dan menghancurkan fasiliti-fasiliti kerana kecewa dengan kekalahan kelab mereka. Tak ke sama dengan Malaysia?

Penutup, dibawah ini disediakan rangking bolasepak di negara Asia Tenggara :
Negara Rangking Poin
1. Thailand 117 287 poin
2. Singapore 127 228
3. Indonesia 134 186
4. Vietnam 144 149
5. Myanmar 147 139
6. Malaysia 152 120
7.Filipina 158 108
8.Laos 171 73
9.Kamboja 173 64
10. Brunei Darussalam 182 46

Apapun, semoga negara kita terus mempertingkatkan prestasi mereka. Wassalam..

Friday, June 26, 2009

Bulan Rajab, Bulan Allah

Akhirnya hari kad laporan pun selesai. Ada yang bagus ada juga yang tak berapa elok. Saya ucapkan tahniah kepada sesiapa yang mendapat keputusan yang cemerlang. Dan bagi yang tidak berapa elok keputusannya, sabar dan ubah sikap. Sebab sebenarnya setiap apa yang kita lakukan akan dibalas dengan setimpal oleh Allah. Termasuk juga keputusan peperiksaan.



Mungkin Allah memberikan markah yang buruk kerana tingkah laku kita sendiri. Perbuatan kita yang tidak menghormati ibu bapa, membenci guru, memburukkan kawan-kawan, melihat bahan-bahan tidak senonoh, mengeluarkan kata-kata kesat, memakan makanan yang halal tapi tidak thayyibah(menurut al-Qur'an, makanan patutnya halalan thayyibah), melamba-lambatkan solat dan banyak lagi memang amat mempengaruhi keputusan peperiksaan kita. Jadi, kalau kita nak mendapatkan kejayaan dalam PMR kelak, ubahlah sikap kita macam cikgu mashitah cakap..




Lupakan mengenai hari kad laporan, sebenarnya saya ingin menyebarkan sedikit maklumat berguna kepada anda semua mengenai bulan Rajab ini.
Sebenarnya bulan Rajab termasuk dalam bulan-bulan yang mulia. Hal ini disebutkan sendiri oleh kebanayakan imam. Bulan ini merupakan bulan haram dalam Islam selain daripada Zulhijjah, Zulkaedah dan Muharram. Selain itu, bulan ini merupakan bulan yang mulia selain Sya'ban dan Ramadhan.



Hadis Rasulullah SAW :
"Sesungguhnya bulan Rajab adalah bulan Allah yang agung. Kemuliannya dan keutamaannya tidak tersaingi dengan bulan-bulan yang lain. Di bulan ini diharamkan berperang dengan orang-orang kafir. Adapun Sya'aban itu bulanku, sedang Ramadhan itu bulan umatku. Maka barang siapa yang berpuasa sehari sahaja dalam bulan ini, ia akan mendapatkan keridhaan Allah yang sangat besar dan jauh dari kemurkaannya serta tertutup baginya pintu-pintu neraka."
Sementara itu, Imam Musa bin Ja'far as berkata, " barang siapa yang berpuasa sehari sahaja di bulan Rajab, ia akan terjauhkan dari neraka selama satu tahun. Barang siapa berpuasa tiga hari, ia berhak mendapatkan Syurga."



Mengenai bulan Rajab :
1. Bulan ini ialah bulan haram selain Zulhijjah, Zulkaedah dan Muharram
2. Bulan ini ialah bulan yang mulia selain Sya'aban dan Ramadhan.
3.Dijuluki Al-Ashab (pelimpahan) kerana pada bulan ini Allah melimpahkan rahmat kepada manusia
4. Merupakan bulan pengampunan, oleh itu banyakkanlah beristighfar




Salat malam demi malam di bulan Rajab (mulai malam 5):
Malam ke-5 (selepas Maghrib 27 Jun sampai Subuh 28 Jun)
  • Rasulullah saw bersabda : "Barang Siapa mengerjakan solat 6 rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah dan diteruskan dengan surah Al-Ikhlas 25 kali pada setiap rakaatnya, maka Allah akan memberinya pahala 40 nabi, 40 shiddiq dan 40 syuhada serta ia akan berjalan di shiratul -mustaqin bagaikan kilat yang terang dengan mengendarai kuda dari cahaya.

Malam ke-6
  • Rasulullah saw bersabda : "Barang siapa mengerjakan solat 2 rakaat pada malam ini dengan membaca surah Al-Fatihah sekali dilanjutkan dengan ayat Kursi sebanyak 70 kali pada setiap rakaatnya, maka ia akan dipanggil dari langit dengan panggilan, " Wahai hamba Allah, engkau adalah wali Allah yang sesungguhnya. Untuk setiap huruf yang engkau baca, engkau mendapat syafaat dari kaum muslimin dan bagimu 70000 kebaikan. Yang itu lebih baik di sisi Allah daripada gunung-gunung yang ada di duni."

Malam ke-7

  • Rasulullah saw bersabda, "Barang siapa mengerjakan solat 4 rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-fatihah diteruskan dengan surah Al-Ikhlas 3 kali kemudian dilanjutkan lagi dengan membaca surah An-Nas dan Al-Falaq masing-masing sekali pada setiap rakaat,kemudian selepas solat ia membaca salawat sebanyak 10 kali dan membaca Subhanallah Walhamdulillah Walaailahaillallah Wallahuakbar 10 kali, maka Allah akan menaunginya dengan 'arsynya, memberi pahala orang yang berpuasa di bulan Ramadhan, para malaikat memintakan ampun untuknya sampai solatnya selesai, Allah meringankan tekanan-tekanan dan siksaan dalam kuburnya, ia tidak akan keluar dari dunia sebelum melihat tempatnya di syurga dan Allah memberinya keamanan di hati yang paling menakutkan."

Malam ke-8

  • Rasulullah saw bersabda :"Barang siapa mengerjakan solat 2 rakaat pada malam ini dengan membaca surah Al-Fatihah sekali diteruskan dengan surah Al-Ikhlas, Al-Kafirun, An-Nas dan Al-Falaq masing-masing 3 kali pada setiap rakaatnya, maka Allah akan memberinya pahala orang-orang bersyukur, yang sabar serta memsukkannya ke dalam kelompok shiddiqin

Malam ke-9

  • Rasulullah saw bersabda,"Barang siapa mengerjakan solat 2 rakaat pada malam ini dengan membaca surah Al-Fatihah sekali diteruskan dengan surah At-Takatsur sebanyak 5 kali pada setiap rakaatnya, maka Allah akan mengampuninya, memberi pahala 100 kali haji dan umrah, menurunkan beribu rahmat untuknya, menjauhkannya dari api neraka sebelum ia bangun dari tempatnya dan jika ia wafat sebelum melewati 80 hari sejak ia mengamalkannya maka ia dinyatakan mati syahid

Malam ke-10

  • Rasulullah saw bersabda, "Barang siapa solat 12 rakaat setelah Maghrib pada malam ini dengan membaca surah Al-Fatihah sekali dan diteruskan dengan surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali pada setiap rakaatnya, maka Allah akan membuat untuknya istana yang tiang-tiangnya terbuat dari batu yaqut merah di Syurga."

Malam-malam berikutnya akan diterangkan di masa akan datang..

Wassalamualaikum..

Wednesday, May 13, 2009

Perilaku yg memanggil bala Allah SWT

Assalamu'alaikum... Alhamdulillah, hari ni ana ada satu hadis yang ana dapat daripada kawan ana. Nak ikutkan hadis ni kira penting bagi kita semua..

Maksud hadis : "Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., Rasullulah s.a.w. bersabda: "Apabila umatku telah membuat lima belas pekara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu :
1. Apabila harta negara hanya beredar kepada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami yang menuruti kehendak isteri.
5. Anak derhaka kepada ibunya.
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. Para artis disanjung (menjadi pujaan).
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan di ubah menjadi makhluk yang lain." H.R. Tarmizi.

Mungkin kita boleh muhasabah balik tentang diri kita. Tengok ada berapa ciri-ciri di atas di dalam diri kita. Harap-harap takde la kan.
Wassalamu'alaikum..
ps: especially no 5,6 & 8...

Tuesday, May 12, 2009

MIHAS 2009 berlalu... 2010 menanti..





















Hari Sabtu lepas, lepas bengkel PMR yang terakhir kat UIA ana pergi ke MIHAS. Antum semua pasti tau mihas kan.. pameran makanan halal antarabangsa tu.. Ana pergi dari sekolah sama ngan budak-budak Usahawan Muda.. Sebelum ni kami pernah melawat Gerak Usahawan Muda kat PWTC masa bulan 2. Bestnya lawatan!! tu la tahun depan masuklah kelab usahawan muda. jalan-jalan je. Dan kali ini ialah lawatan kedua dan yg terakhir kami.Tak banyak pon yg pergi.. yang banin cuma 8 orang je..

Kami(banin) dibahagikan 2 kumpulan. Aku,Amer,Usamah ngan Abdul Hadi diletakkan dalam satu kumpulan. tujuannya supaya kita orang tak jalan sorang-sorang yang akhirnya mboleh menyebabkan kehilangan. Sesampai kat sana kira2 pukul 3.30, kami register dan trus jalan2. Oh ya, kami ditemani guru-guru yang segak dan jelita, Ustadz Isharuddin, Cikgu Hasif dan Cikgu Nik Wan Nur Najmah (panjang nma!).


Masuk-masuk terasa hawa yang sungguh sejuk dari keadaan panas terikdi luar sana. Yang kami pelik, kenapa kami masuk hall D trus? Rupa-rupanya hall A,B,C memang tak ada. Pelik bagiku ngan kawan-kawanku. Kami pusing-pusing. Namanya pon pameran makanan, pasti pihak syarikat semua sediakan makanan untuk test. Ana yang tak makan siang lagi lahap la apa yang ada kat sana. Bak kata pepatah,Orang yang ngantuk di sorongkan bantal. Ternyata bukan hanya orang islam saja yg datang. Bahkan ana nampak ada beberapa org cina pon ada. India pon sebenarnya ada, tapi diorang datang sebab tukang penyapu kat situ.. Dalam pada itu, kami sempat melawat booth minuman Istak. Istak tu ialah sejenis minuman bir tiada alkohol. Katanya halal. Mcm x caye je. Tapi last, minum gak. Memang tak memabukkan tapi rasa agak masam. Dan ana rasa Istak ialah penaja bagi sebuah pasukan rally kereta.(tgk gambar atas)

Walaupun berjalan-jalan, tapi kami tetap x lupa pasal solat. Kira-kira pukul 4.30, kami bergegas ke surau. Sangat sejuk surau tersebut. Ntah berapa air conditioner yang mereka pasang. Sebenarnya AC yg membebaskan CFC(Chlorofloro Carbon) kalau x silap. Peduli la. Yang penting ana dapat sembahyang. Lepas sembahyang, kami meneruskan penjelajahan kami di sana. Ada satu masa, ada mcm wakil suria fm kat situ. tapi kat luarnya bkn dalam. Diorang tanya2 sesape yang ada kat situ. Kemudian ana tgk ada 2 orag pakcik cakap besar. Pastu masa dalam satu pertandingan kedua-dua pakcik tu merupakan peserta yang second last dan last. (pengajaran: jangan bercakap besar je. buktikan melalui hasilnya). Pastu, masa kami kat hall G, kami lalu booth astro oasis. Kat situ pulak ada Nabil Far-East. Dapat la tanda tangan dia. Pastu kami pon blah.. tapi dia,panggil kami balik sebab dia tau yg kami al-amin. Rupanya dia nak kasik beg hadiah. Ingatkan kenapa. Dia kata kene ckp bahasa arab dulu. Alamak! Hehe,ana cakap gak. Syukran.. itu yang ana cakap. Ha, lepas tu, ana jumpa ngan...

Radhi Khalid. Pelawak Malaysia berketurunan mamak tu. Sempat gak ambik gambar dia. Dah penat kaki akhirnya kami pun balik sekolah. Oh ya, jgn lupa utk datang MIHAS 2010. tahun depan diorang buat bulan jun dan lokasinya berubah ke KLCC. Whatever la!
Ini saja buah mulut ana kali ini...
Assalamu'alaikum...